KAYAK IN LITTLE AMAZON OF TERENGGANU

Kalau orang tanya kat mana syurga dunia untuk penggemar nature & adventure, saya akan cakap di Terengganu.

Terengganu ada semuanya. Pantai yang putih, air terjun yang sejuk, air sungai yang biru kehijauan, hutan yang penuh dengan flora dan fauna yang yet to be discovered. Sungai Berang, Pulau Perhentian, Pulau Redang, Tasik Kenyir, Gunung Berembun (CBL), Lata Tembakah, Lata Belatan, Lata Payung, Gunung Sarut, the list in endless.

Masa saya mula-mula pindah ke Terengganu back in 2012, saya teruja untuk explore semua tempat ni. Semangat adventurous membuak-buak. Kadar adrenaline berada di tahap tertinggi.

But then I realized….

Terengganu tak mempunyai banyak adventure tourism operator. Ada tu ada, tapi lebih berkonsep kumpulan yang besar dengan tarikh yang spesifik. Operator akan set satu tarikh dan kumpul orang untuk merealisasikan trip.

Problem dengan trip macam ni adalah tarikh yang terhad. Susah saya nak manage cuti. Masa orang lain cuti, saya kerja. Masa saya cuti, orang lain kerja. Jadi banyak trip-trip yang saya terlepas. 

So saya create beberapa pakej yang backpackers/tourists friendly. The idea is, dengan minimum 2 orang, orang ramai boleh menikmati trip adventure & nature di Terengganu pada bila-bila tarikh. Weekend? On. Weekday? No problem. Public holiday? Jalan. Hari bekerja? Takde masalah. 

Setelah hampir setahun, pakej yang paling banyak permintaan adalah Kayak in Little Amazon of Terengganu. So saya pun create @kayakadventurepark yang terletak di tepi Sungai Berang supaya lebih ramai orang boleh menikmati pakej nature & adventure ini.

WAJAH-WAJAH GEMBIRA PENGUNJUNG KAYAK ADVENTURE PARK

KAYAK ADVENTURE PARK DALAM MEDIA

Majalah Libur
Majalah Gaya Travel
Surat Khabar Harian Metro

PROMOSI PKP

Tahun 2021 ni mesti korang belum sempat travel lagi kan? Apa taknya, PKP datang berlumba-lumba. Mesti ramai yang hari-hari tengok throwback gambar travel lama-lama. Rindu nak travel tu membuak-buak.

Sebab PKP ni tak tahu habis bila, kami di Kayak Adventure Park nak bagi voucher diskaun RM20 untuk korang semua. Nanti bila dah habis PKP, korang boleh claim voucher ni dengan kami dan kami bagi potongan harga RM20 untuk mana-mana pakej di Kayak Adventure Park.

Klik je butang kat bawah ni dan isi borang online. Nanti kami emelkan voucher tu pada anda.